Wednesday, July 22, 2009

Stop Smoking


Salam muhibbah kepada semua kawan2ku. Terutama kepada yang merokok tu. Bila lah kalian nak berhenti tabiat yang membazir ni? Hmm..bukan marah atau mengata. Kerana aku dulu pun smoking gak. Since tingkatan 3 lagi. Teringat lagi time mula-mula belajar hisap rokok. Punyalah seksa. Menyorok belakang stor pendidikan jasmani. Lepas tu, rokok tadi dikongsi ramai. Bayangkan sebatang rokok dikongsi oleh 8 orang. Huhu..sekejap je settle rokok tu digulai oleh kami. Lepas tu masing-masing sibuk cari 'cekelat' hacks. Konon-konon nak bagi hilang baulah. Huhu..yang kelakar tu, 'cekelat' pun kena cutting gak. Punyalah 'sengkek' tapi ada hati nak merokok gak.

Sebenarnya tujuan aku nak cerita pasal 'quit smoking' ni bukan apa. Aku dalam proses berhenti merokok. So, dari tiada apa-apa aktiviti yang tak berfaedah, elok aku kongsi pengalaman. Tarikh sebenar aku berhenti merokok bermula pada 23 Mei 2009. Sempena tarikh penting aku, iaitu 'besday' aku. Aku pilih tarikh ni, kerana ini adalah hadiah yang kedua terbesar dalam sejarah hadiah harijadiku. Ni aku nak bagitahu kalian semua. Tarikh merupakan salah satu perkara terpenting dalam usaha untuk berhenti merokok. Percayalah. Aku dah amalkan. Jika kita asyik tangguh-tangguh, sampai bila pun kita tak kan stop smoking. Betul. Kalau korang tak percaya, cubalah.
Pengalaman aku, aku dah try 2 minggu untuk berhenti merokok dengan cara kurangkan bilangan batang rokok yang dihisap. Tapi masa tu, aku tak tetapkan tarikh. Cuma harapkan keazaman je. Akhirnya, 2 minggu tersebut tak ada makna apa-apa pun. Kerana bagi aku tak penting untuk berhenti. Bermula dari situlah, aku cuba semula dengan menetapkan tarikh yang aku harus berhenti merokok.
Berikut panduan yang dapat aku berikan untuk berhenti merokok mengikut cara aku:

1. Tetapkan satu tarikh yang penting untuk berhenti. (tarikh lahir, tarikh ulangtahun perkahwinan, tarikh untuk bernikah dan sebagainya)

2. Sebulan sebelum tarikh tersebut, kurangkan bilangan rokok berdasarkan mingguan. Contoh:
Minggu pertama : 10 batang sehari
Minggu kedua : 7 batang sehari
Minggu ketiga : 5 batang sehari
Minggu keempat: 3 batang sehari
Menjelang tarikh yang ditetapkan, kurangkan kepada 2 batang rokok sehari.
(macam aku, aku hisap waktu bangun & hendak tidur sahaja)

Peringatan!,
masa ni, korang akan alami sedikit tindakbalas. Kepala pening, dada sesak nafas, kebas. Jangan bimbang. Sebab aku sendiri dah alami. Memang kurang selesa. Tapi tindakbalas tu sekejap saja. Nak bagi petua sikit ni. Korang boleh kurangkan atau hilangkan rasa macam ni dengan menggunakan Nikotin Patch. Boleh dapat kat farmasi. Sekotak ada 7 patch. Ada 3 jenis. 15mg, 10mg dan 5mg. Guna sehari satu patch. Aku pakai sampai 3 kotak. Alhamdulillah, semua tindakbalas tu hilang dengan sendirinya.

3. Cuba jauhkan diri dari punca asap rokok atau kawasan merokok. Buat tak tahu saja kalau lalu kat kawasan2 macam ni.

4. Banyakkan minum air masak. Maksud aku, kena minum banyak gila. Sebab kalau korang banyak air, korang tak akan gian nak merokok. TRUST ME!